LANGKAH - LANGKAH TEPUK PERCUSSION YANG BETUL



" Anak aku ni, dah lama sangat selsema. Asyik tersumbat je hidung. Berkahak pulak tue. Kata orang, boleh guna teknik percussion, tapi macam mana eh?" 

Batuk dan selsema memang menjadi masalah biasa dan sangat mudah meyerang di kalangan bayi dan kanak-kanak. Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu kejap panas, kejap hujan. Apalagi pencemaran alam sekitar yang sekitar yang semakin menjadi-jadi. Begitu juga faktor pemakanan juga menjadi salah satu faktor utama kepada serangan batuk dan selsema. Ia akan menjadi kronik apabila terlalu banyak kahak (mucus) yang terkumpul dan mereka sukar untuk mengeluarkannya dan boleh menjadi punca penyakit bronchitis atau pneumonia iaitu bengkak dan pengecutan paru-paru.

Lazimnya, sebagai ibu dan ayah, pastinya akan berusaha mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengeluarkan kahak yang tersekat bagi bayi dan kanak-kanak. Tepuk percussion adalah salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kurangkan kahak si anak. Bagaimana cara yang betul? 

Teknik tepukan atau percussion ini adalah untuk melonggarkan kahak di paru-paru dan dada bayi/ kanak-kanak. Sesi tepukan dibuat dalam tempoh keseluruhan 30 minit di bahagian dada dan belakang anak.

TEPUK PERCUSSION

Dimulakan dengan tangan berbentuk cup dengan tujuan memberi kesan kusyen udara dan semasa anda menepuk, anak akan batuk dan mungkin juga hingus akan meleleh keluar (boleh lapkan jika berlaku), jika tak keluar pun biarkan anak telan kerana kahak yang ditelan akan dicernakan dalam perut dan kemudian akan keluar melalui najis. Ia tidak akan memudaratkan si anak.



Ini cara tepuk 'cupping' (lubang di tengah). Bunyi tepuk akan kedengaran kuat yang amat macam mendera anak. Tapi jangan risau, itu memang sound effect dari tepuk begini.

KAEDAH SAPUAN CF RUB DAN TEPUK PERCUSSION.

1. Sapukan balm CF Rub Tasneem Naturel di bahagian dada dan belakang badan anak serta di tapak kaki. Jangan risau kerana balm ini tidak panas seperti Vicks atau minyak angin. Malah balm ini berbau wangi.

2. Tiarapkan anak di atas riba. Boleh bedung anak terlebih dahulu, jika risau dia kuat meronta.

3. Tepuk secara 'cupping' pada bahagian belakang dadanya. 5 minit di sebelah kanan. Rehat. Jika ada hingus yang meleleh, bolehlah lap waktu ini. Kemudian, teruskan 5 minit lagi di bahagian kiri.

4. Pusingkan anak menghadap kita dan tepuk pada bahagian dada kiri dan kanan, sama seperti langkah 3.

5. Anak bakal melalak, kau steady je. itu pentingnya ada bekalan hati kering. Doktor kata, lagi dia menangis lagi bagus. Paru-paru dia akan terbuka.

6. Selalunya saya buat 15-20 minit. Ikutlah keadaan. Seeloknya pastikan sehingga hingusnya berwarna jernih. Penjelasan cara dan posisi yang lebih jelas adalah seperti di bawah. 

POSISI ANAK UNTUK TEPUK PERCUSSION (POSTURAL DRAINAGE)

Terdapat 5 posisi yang disarankan oleh doktor atau pakar terapi seperti berikut :

1. Lower Lobes (Back/ Belakang) - bahagian peparu bawah.


Bayi : Baringkan bayi dalam keadaan meniarap. di mana kedudukan kepala dan badan perlu rata. Kemudian, cuppingkan tapak tangan dan tepuk di bahagian belakang. Lakukan tepukan secara perlahan dan dengan kadar yang sekata.

Kanak-kanak : Baringkan anak dalam posisi meniarap dan di lapik satu bantal atau pada kedudukan 30 darjah, kemudian lakukan tepukan secara perlahan dan sekata.

Amaran : Jangan tepuk bahagian tulang belakang yang tengah tu, hanya pada kawasan ribs sahaja
2. Lower Lobes (Front/ Hadapan)

Bayi : Baringkan bayi pada kedudukan yang rata mengadap anda. Lakukan tepukan di bahagian dada seperti ditunjukkan di dalam gambar.

Kanak-kanak : Baringkan anak pada posisi 30 darjah dengan dilapikkan bantal di bawahnya kemudian tepuk secara berkala.

3. Lower Lobes (Sides/ Tepi)


Bayi : Baringkan bayi secara mengiring dan dalam keadaan rata. Lakukan tepukan di bawah ketiak (armpit) pada kedua-dua belah.

Kanak-kanak : Baringkan anak pada posisi mengiring bersudut 30 darjah (sepeti di dalam gambar) bagi mendapatkan kesan yang lebih baik hasil dari bantuan graviti. Lakukan tepukan di bawah ketiak (armpit) pada kedua-dua belah.

Perhatian! Untuk bahagian lower lobes, pastikan bayi anda tidak dibangunkan secara tiba-tiba bagi mengelakkan kemungkinan reflux berlaku.

4. Upper Lobes (Back/ Belakang) - bahagian peparu atas.


Lakukan posisi yang ditunjukkan di dalam gambar dan pastikan tepukan dilakukan secara berkala dan perlahan serta tidak menyakitkan.

5. Upper Lobes (Front/ Hadapan)



Lakukan posisi seperti ditunjukkan di dalam gambar di mana kedudukan pada sudut 30 darjah bagi mendapatkan kesan yang optimum.

Semoga perkongsian ini dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua ibu bapa demi kesihatan si anak tersayang. 💖

Boleh rujuk video ini untuk cara tepuk percussion untuk bayi.

Bagaimanapun sebelum teknik ini dilakukan pastikan bayi ‘puasa’ minum susu dua jam atau setengah jam sebelum teknik ini dilakukan bagi mengelak muntah.

Comments

Popular posts from this blog

URUTAN UNTUK ATASI BAYI SELSEMA

PETUA HILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK