URUTAN UNTUK ATASI BAYI SELSEMA
Mesti saat anak selsema untuk pertama kali merupakan saat paling sukar untuk ditempuhi terutama bagi ibu dan bapa muda. Apabila hidung tersumbat, bayi pasti akan merasa tidak selesa dan tidak mahu menyusu.
Memang tidak senang duduk dibuatnya apabila bayi anda serba tak kena. Nak diberi ubat, adalah tidak digalakkan kerana mereka masih kecil. Jadi, untuk mengawal emosi anak kecil, ibu dan bapa perlu bertenang dan sentiasa bersama dengan bayi.
Ada langkah-langkah mudah untuk beri anak anda selesa walaupun dalam keadaan hidung tersumbat.
Boleh rujuk gambar sebagai panduan urutan bayi. Cara urutan untuk atasi bayi selsema ini sangat mudah dan tidak ambil masa yang lama.
Selain itu, ibu digalakkan menggunakan CF Rub dari Tasneem Naturel ataupun minyak yang tidak panas agar anak anda berasa selesa dan tenang semasa proses mengurut.
Langkah 1
Calitkan sedikit CF Rub di tangan anda, kemudian gosok pada dada anak anda. Lakukan urutan dalam bentuk jantung atau simbol love. Urutan juga perlu dibuat dalam keadaan lembut dan penuh kasih sayang.
Semasa mengurut dan melakukan pergerakan bentuk love pada dada anak, ibu boleh menenangkan anak dengan dodoian lagu kegemarannya.
Langkah 2
Kali ini, pada dada anak kecil buatkan pergerakan tangan yang menyilang. Urutan ini berganti-ganti, tangan kanan disilang ke dada kanan bayi, manakala tangan kiri disilang ke dada kiri bayi dan terus ke bawah dada.
Langkah Tambahan
Tiarapkan badan anak anda supaya mudah untuk mengurut di bahagian belakang dada. Sebaiknya anak anda tidak berbantal dan hanya ditiarapkan di atas kain alas yang lembut. Ia sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak tertutup bahagian pernafasannya.
Ibu boleh mula melakukan jenis urutan bentuk love yang sama pada bahagian belakang dada bayi.
Ibu dan bapa boleh menonton video ini untuk lebih memahami teknik urutan atasi bayi selsema.
Selesai urutan untuk atasai bayi selsema. Mudah saja kan? Apabila hidung bayi tersumbat atau selsema, ibu dan bapa boleh melegakan dengan melakukan cara urutan ini.
Semoga perkongsiaan urutan untuk bayi selsema ini dapat memberi manfaat kepada ramai lagi. Jika ada yang telah mencuba cara urutan ini, jom kongsikan pengalaman anda di sini.

Langkah 3
Dengan menggunakan 2 jari telunjuk, letakkan pada bahagian atas hidung. Lakukan urutan dengan lembut dan perlahan-lahan dari atas ke bahagian bawah mata.
Kemudian, sambung terus pergerakan ke belakang telinga dan akan berhenti di leher.
Langkah ini perlu diulang sebanyak 3 kali.
Tiarapkan badan anak anda supaya mudah untuk mengurut di bahagian belakang dada. Sebaiknya anak anda tidak berbantal dan hanya ditiarapkan di atas kain alas yang lembut. Ia sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak tertutup bahagian pernafasannya.
Ibu boleh mula melakukan jenis urutan bentuk love yang sama pada bahagian belakang dada bayi.
Ibu dan bapa boleh menonton video ini untuk lebih memahami teknik urutan atasi bayi selsema.
Atau boleh ikut cara urutan di video ini juga.
Selesai urutan untuk atasai bayi selsema. Mudah saja kan? Apabila hidung bayi tersumbat atau selsema, ibu dan bapa boleh melegakan dengan melakukan cara urutan ini.
Semoga perkongsiaan urutan untuk bayi selsema ini dapat memberi manfaat kepada ramai lagi. Jika ada yang telah mencuba cara urutan ini, jom kongsikan pengalaman anda di sini.
Comments
Post a Comment