PRODUK TASNEEM NATUREL

Tagline Tasneem Natural

 PENGENALAN BALM TASNEEM NATUREL

Produk Tasneem Naturel ini diasaskan oleh Puan Haridah Sahri. Pada mulanya, balm Tasneem dihasilkan hanyalah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh anaknya sendiri. Semua balm yang dihasilkan adalah bersifat ‘homemade‘. Kemudian pada bulan 11/2016, demi memenuhi permintaan yang semakin bertambah daripada rakan-rakan dan ibu-ibu yang memerlukan kerana keberkesanannya inshaaAllah, akhirnya produk ini dikilangkan di kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practise).

Pengasas Tasneem Naturel Puan Haridah Sahri

Bila ada anak kecil ni, kita sentiasa kena bersedia dengan anak tak sihat kan. Bila-bila masa je anak kecil boleh jatuh sakit. Kadang elok-elok cergas sebelum tidur, tengah malam nanti tiba- tiba badan dah panas.

Tak pun sebelum tidur elok je main dengan kita, bangun tidur merengek perut kembung. Batuk dan selsema apatah lagi, kalau hantar anak kat nurseri tu macam satu kebiasaan pulak tengok budak selsema kan. Runsing tengok tapi itulah realitinya.

Sebab tu bila jumpa Kit Kecemasan Balm Tasneem Naturel ni saya teruja sangat. Bagusnya inisiatif pengeluar produk ni, Puan Haridah Sahri nak membantu mudahkan ibubapa.

Dengan kandungan yang premium dan manfaat yang sangat diperlukan oleh ibubapa, tidak hairanlah kenapa balm Tasneem Naturel mendapat permintaan yang tinggi dari ibubapa. Rata-rata ibubapa sangat berpuas hati dengan pelaburan mereka mendapatkan balm ini untuk manfaat kesihatan keluarga.
Anak gembira, ibu senang hati

Apa Itu Balm Tasneem Naturel?
Balm yang dirumus khas untuk membantu menyelesaikan masalah anak-anak meragam yang berumur antara 1 – 6 tahun. Oleh itu ia sesuai & selamat untuk disapukan pada kulit bayi anda. InshaaAllah.


Bahan-Bahan Balm Tasneem Naturel
Banhan yang digunakan 100% semulajadi

Diperbuat dari bahan asas semulajadi. Tiada bahan kimia seperti paraben dan SLS yang mana bahan-bahan ini boleh menimbulkan keradangan pada kulit bukan sahaja bayi tapi juga terhadap orang dewasa. Balm ini adalah campuran pelbagai essential oil/minyak pati yang diadun dengan beeswax (lilin lebah), almond oil (sebagai minyak pengantara), olive oilshea butter dan beberapa bahan lain mengikut fungsinya masing-masing. Sebenarnya, setiap balm kami diformulasi untuk FOKUS membantu menyelesaikan masalah tertentu. Contohnya:-

CF RUB untuk bantu batuk, selesema, dan kurangkan suhu ketika demam.
T RUB untuk masalah kembung, angin, cirit birit dan sembelit.
CALM TIME untuk bantu atasi masalah anak tantrum, kuat mengamuk, kuat menangis supaya lebih tenang.
SLEEP TIME untuk bantu tidur lena, bangun ceria.
SKEENZ untuk bantu masalah kulit - eczema, jerawat, alergik, ruam.
Kits Kecemasan yang wajib ada dengan pelbagai fungsi
Untuk mendapat penerangan lebih lanjut, boleh rujuk video di bawah daripada Tasneem Naturel HQ sendiri.


Macam saya maklumkan tadi, setiap jenis mempunyai kelebihan masing-masing. Balm CF-RUB untuk demam, batuk dan selsema kerana ia mengandungi eucalyptus oil, cypress, tea tree dan lemon yang bagus untuk melegakan pernafasan dan batuk, mencairkan kahak, dan mengurangkan suhu badan. Balm CALM TIME pula khusus untuk memberi keselesaan pada badan. Kadangkala anak-anak ini suka menangis dan merengek sebab badan tak selesa. Balm ini boleh membantu melegakan ketidakselesaan mereka kerana ia mempunyai kandungan lavender, bergamot, frankinsense dan marjoram. 

Bagi balm SLEEP TIME pula khas untuk anak-anak yang susah tidur terutama pada waktu malam. Kandungan pati tumbuhan seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile dan Ylang-ylang sememangnya bagus untuk merelakskan minda dan badan. Anak-anak kecil ini kadangkala suka terjaga waktu malam. Jadi sapukan balm ini pada mereka inshaAllah lena tidur mereka dan pastinya ibu bapa pun dapat tidur yang berkualiti bukan!

Balm TUMMY TIME pula khusus jika anda dan anak anda mengalami sembelit, kembung perut dan lebihan angin dalam badan. Kiranya ia alternatif kepada minyak telom yang anda selalu sapu pada pada perut anak. Satu lagi kalau anak mengalami masalah penghadaman pun boleh guna balm ini. Kandungan Fennel, Ginger, Lemongrass dan Anise memang sesuai untuk masalah badan berangin ini. Sambil sapu pada perut dan tapak kaki anak tu buatlah urutan I LOVE YOU supaya anak anda lebih selesa. Anda nak sapu pada pasangan dengan urutan I LOVE YOU pun boleh. Hihihihi.

Sejak saya dan keluarga kakak saya (ada 3 orang anak) menggunakan produk balm Tasneem Naturel ini Alhamdulliah anak-anak buah saya nyenyak tidur dan jarang merengek. Anak yang nombor dua memang suka balm SLEEP TIME sebab dia kata baunya sedap dan sebelum tidur dia mesti nak kena sapu pada badan. Anak yang bongsu pula selalu mengalami badan tidak selesa jadi sejak sapu balm CALM TIME dia dah jarang merengek. Anak yang sulung pula senang jaga sebab dia tahu bila masa tidur, bila masa bangun, bila masa main, bila masa makan. Anak sulung lah katakan. Jadi kena bagi contoh baik kepada adik-adik. Hihihi.

Bau-baru ini saya pulang kampung bersama keluarga kakak saya. Sepanjang perjalanan tiba-tiba anak yang nombor 2 mengadu pening-pening. Nasib baik masa tu saya ada bawa balm Tasneem Naturel. Lepas sapu kat dada dia, terus lena sampai tiba depan rumah di kampung. Hebat juga penangan balm Tasneem Naturel ini.

Comments

Popular posts from this blog

LANGKAH - LANGKAH TEPUK PERCUSSION YANG BETUL

URUTAN UNTUK ATASI BAYI SELSEMA

PETUA HILANGKAN BATUK BAYI DAN KANAK-KANAK